Cuaca dingin bukan penghalang, Mukhairi Ajmal bangga skuad B-23 ‘tunjuk belang’ saat akhir
Zahir rasa syukur tidak terhingga, kapten pasukan Harimau Malaya B-23, Mukhairi Ajmal Mahadi merasakan perlawanan sulung pasukannya berjalan dengan baik meskipun hanya ‘menunjukkan belang’ di penghujung masa tambahan perlawanan.
“Saya amat bersyukur dengan jaringan gol di saat akhir itu.”
“Ianya adalah kemenangan pertama dalam perlawanan persahabatan disini.”
Jawabnya.
Perlawanan skuad B-23 menentang pasukan China itu telah menyaksikan kemenangan 1-0 hasil jaringan dari pemain pertahanan Harith Haiqal Adam Afkar pada minit terakhir perlawanan di Stadium Jinshan, Shanghai.
Mukhairi akui rakan-rakan seperjuangannya masih kekal bertenaga meski cuaca sejuk yang dirasai tidak berjaya melunturkan semangat juang mereka untuk menang.
“Walaupun sejuk, kita dapat adapt dengan cuaca disini.”
“Bagi saya, bahagian taktikal permainan sudahpun baik dan ‘menjadi’, tapi perlu sabar lagi dan usaha lagi.”
Beliau mengharapkan semoga kesemua pemain boleh terus memberikan tumpuan penuh untuk perlawanan yang seterusnya sekaligus memberikan persembahan yang lebih baik.