Goh Jin Wei tidak tunjukkan effort yang sama?

253

Isu mengenai bekas juara badminton remaja dunia, Goh Jin Wei masih belum selesai.

Jin Wei dikhabarkan telahpun menghantar surat rayuan kepada BAM pagi ini melalui e-mel. Tindakan Jin Wei menunjukkan seolah-olah beliau tidak bersungguh-sungguh untuk membela nasibnya.


Seharusnya Jin Wei mengambil peluang untuk menyertai Lee Zii Jia ketika pemain itu menghadap BAM kemarin, mungkin isu beliau juga akan mendapat kata putus. Namun, tindakan pemain remaja itu menunda-nunda untuk mengemukakan surat rayuan hanya setelah isu Zii Jia selesai. 

Dengan keadaan semasa yang dialami Jin Wei, beliau seharusnya lebih gigih untuk menyelesaikan isunya sebagai pemain yang sepatutnya telah pun dilepaskan BAM September yang lalu kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan, tetapi masih berdepan penggantungan selama dua tahun dari menyertai sebarang kejohanan antarabangsa.

Jin Wei yang keluar dari persaraannya dan kini bermain untuk pasukan KLRC sebagai pemain profesional. Situasi yang lebih kurang sama seperti isu Zii Jia, hanya Jin Wei pada awalnya mengatakan ingin bersara lalu mengubah fikirannya dan beralih ke profesional. Mungkin itu menimbulkan rasa tidak puas hati pihak BAM.

Video Jin Wei yang menyatakan beliau berbesar hati dengan tawaran BAM, namun bertegas untuk bermain secara profesional kerana isu kesihatan.

Walaupun Zii Jia dikhabarkan telah pun menerima tawaran penajaan yang lumayan, dan pihak tersebut boleh saja membayar bayaran pampasan kepada BAM jika diminta, namun beliau tetap bertindak pantas untuk berbincang mengenai penyelesaian isunya agar tidak menjejaskan masa depan kariernya. Jin Wei sepatutnya mencontohi pemain nombor 1 negara itu.

Namun, diharapkan agar isu dan situasi Jin Wei ini dapat diselesaikan segera dan menemui keputusan yang terbaik untuk kedua belah pihak seperti isu Zii Jia. Walaupun belum dibentangkan apa syarat dan terma perjanjian tersebut, yang pasti ia adalah demi kebaikan badminton negara.