Perlawanan persahabatan seminggu sebelum kemunculan pertama Malaysia di Piala Asia dalam 44 tahun, apa strategi untuk elak sebarang risiko?
Rakyat Malaysia sememangnya sedang menanti hari sepak mula skuad Harimau Malaya di Piala Asia 2023 kurang dua minggu dari sekarang.
Namun, sedar ataupun tidak mereka bakal berdepan pasukan Syria terlebih dahulu di Qatar dalam suatu perlawanan persahabatan pada 8 Januari kelak.
Hanya berbaki empat hari sehingga ke perlawanan tersebut, sediakah bintang-bintang bola sepak negara dengan sebarang risiko sebelum beraksi di Piala Asia?
Jarak diantara kedua-dua perlawanan adalah genap seminggu.
Meskipun hanya satu perlawanan sahaja, namun bagaimanakah keadaannya andai ada pemain yang tercedera, keletihan ataupun dikenakan kad merah?
Pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku kepada para pemain bola sepak tanah air.
Perlu diingatkan bahawa perlawanan Piala Asia 2023 ini adalah kemunculan pertama Malaysia setelah 44 tahun pernantian.
Sanggupkah skuad negara mensia-siakan peluang keemasan sebegini?
Apakah strategi bijak yang akan dimanfaatkan jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon dalam mengelakkan risiko-risiko itu?
Dilihat seperti beliau perlu menggesa serta mengalakkan kesemua anak buahnya untuk kekal cergas mental dan fizikal meski selepas perlawanan persahabatan tersebut demi memberi persembahan di tahap optimum untuk perlawanan seterusnya.
Barangkali sebahagian kesebelasan utama yang dirancangkan untuk diturunkan pada perlawanan menentang Jordan 16 Januari nanti boleh ditempatkan dibangku simpanan terlebih dahulu.
Secara tidak langsung, ianya memberi ruang buat pemain yang sudah lama tidak ‘turun padang’ untuk beraksi.
Pastinya seluruh rakyat Malaysia menginginkan persembahan pembukaan tahun ini yang cemerlang dan terbaik, lebih-lebih lagi ianya demi memburu sebuah Piala Asia!