Win-win situation? Apa syarat dikenakan BAM kepada Lee Zii Jia?
Peminat sukan negara telah pun maklum tentang kemelut antara Lee Zii Jia dan BAM telah pun berakhir.
Namun yang menjadi tanda tanya kini adalah, apakah syarat yang diletakkan BAM kepada pemain nombor tujuh dunia itu yang dikatakan adalah win-win situation bagi kedua belah pihak? Antara kemungkinan syarat yang diletakkan adalah:
1. Zii Jia perlu membayar pampasan
Zii Jia mungkin dikehendaki untuk membayar sejumlah amount tertentu kepada BAM sebagai ganti rugi badan induk badminton negara yang telah banyak berhabis wang dan masa bagi membentuk pemain bertaraf dunia itu. Zii Jia mungkin tiada masalah dengan ini kerana beliau dikhabarkan telah pun mempunyai penaja.
2. Lee Zii Jia perlu membawa jenama pihak penaja terbesar BAM
Penaja terkini BAM adalah Yonex Sunrise. Kontrak BAM bersama Yonex bermula pada April 2021 yang lalu dan akan berakhir pada Mac 2026. Jadi, Zii Jia mungkin adalah antara nama yang diinginkan Yonex untuk membawa jenama itu setiap kali beraksi.
3. Zii Jia diwajibkan beraksi untuk negara
Zii Jia hendaklah menyahut dan bersedia dengan panggilan nasional setiap kali badan induk badminton itu memerlukan khidmatnya untuk menggalas nama Malaysia di peringkat antarabangsa kerana beliau adalah ‘key player’ yang kita ada ketika ini. Ini juga adalah demi kepentingan negara.
4. Zii Jia sedia memberi khidmat sebagai pembimbing pemain pelapis
Zii Jia perlu sentiasa bersedia untuk digandingkan dengan pemain muda sebagai persediaan untuk membentuk mereka menjadi pemain yang boleh meneruskan kesinambungan Zii Jia dalam arena badminton negara. Ia juga sebagai satu bentuk bantuan ataupun cara Zii Jia membalas jasa BAM.
Namun ini semua hanyalah spekulasi yang boleh kita tafsirkan ketika ini sebagai peminat dan pemerhati sukan negara. Keputusan dan pengumuman rasmi tetap berada di tangan BAM. Ia hanya akan boleh diputuskan dan diumumkan secara rasmi minggu hadapan setelah perkara tersebut dibawa kepada ahli majlis BAM.