Bariskan hanya pemain terbaik, Jurgen Klinsmann mungkin ulangi percaturan hebat atasi Harimau Malaya
Sedar ataupun tidak, sudah 35 tahun lamanya skuad senior Harimau Malaya tidak menemui pasukan Korea Selatan.
Kali terakhir mereka bertemu adalah pada tahun 1989 dimana Malaysia telah kalah 0-3 ke atas Korea.
Meskipun benar, pasukan B-23 pernah menundukkan pasukan itu 2-1 dalam perlawanan bola sepak Sukan Asia 2018, hasil jaringan Safawi Rasid pada ketika itu.
Akan tetapi, kecemerlangan pasukan bola sepak Korea Selatan selepas itu kerap kali menjadi bualan orang ramai memandangkan pasukan itu dikelilingi pemain yang hebat-hebat belaka.
Tidak dinafikan pasukan itu dibarisi beberapa pemain yang berentap di kelab liga-liga Eropah seperti Brentford, Paris-Saint German, Tottenham Hotspur, Bayern Munich dan Celtic.
Namun tidak semua kejayaan itu dapat digapai dengan mudah tanpa percaturan hebat dari jurulatihnya, Jürgen Klinsmann.
Meskipun belum genap setahun beliau mengemudi pasukan itu, enam daripada 11 perlawanan telah mencatatkan kemenangan Korea Selatan.
Masakan tidak, Klinsmann bukanlah seorang figura yang boleh dipandang rendah.
Memulakan kariernya sejak lebih lima dekad lalu, bekas bintang bola sepak itu pernah melebarkan sayapnya ke 16 kelab termasuklah Inter Milan, Tottenham Hotspur, Bayern Munich dan West Germany.
Kehadiran beliau dalam sesebuah kelab juga ternyata telah memberi banyak kejuaraan yang luar biasa.
Antaranya dengan memberikan kemenangan kali ketiga kepada West Germany di Piala Dunia 1990, memenangi Italian Super Cup pada tahun 1989 selain dinobatkan Pemain Tahunan untuk Jerman.
Didalam karier pengurusannya sejak 2004, Klinsmann telah menjadi jurulatih kepada enam kelab iaitu Germany, Bayern Munich, United States, Hertha BSC dan kini di Korea Selatan.
Bersama Korea sahaja, kecemerlangan yang konsisten dapat dilihat bukan sahaja sewaktu perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia tempoh hari seperti mengalahkan Singapura 5-0 dan China dengan 3-0.
Malahan, ketika perlawanan persahabatan juga dimana Korea Selatan tidak segan membelasah Vietnam 6-0 dan juga Tunisia 4-0.
Tidak mustahil sekiranya beliau dapat mengulangi zaman kemasyuhuran beliau dalam melepasi pusingan kumpulan E, ke pusingan kalah mati atau barangkali memenangi Piala Asia kali ini.
Malaysia bakal berdepan pasukan Korea Selatan di kejohanan Piala Asia 2023 pada 25 Januari, pukul 7.30pm kelak.