Jurang ‘level’ agak besar tapi mampu seri, Daniel Ting anggap Harimau Malaya berjaya ‘test’ taktik baharu menentang Syria
Perlawanan persahabatan menentang pasukan Syria tempoh hari adalah peluang terbaik untuk test taktik baharu Harimau Malaya, menurut pemain pertahanan, Daniel Ting hari ini.
“Ianya dapat menaikkan keyakinan didalam perlawanan sebelum sepak mula kami di Piala Asia Isnin hadapan.”
Katanya.
Beliau yang menjangkakan kemenangan untuk berpihak kepada Malaysia ketika itu kekal yakin bahawa keputusan seri itu menandakan skuad kebangsaan juga mampu melepasi tahap terbaik.
“Pastinya melawan pasukan seperti Syria ada jurang yang amat besar namun kita berjaya mengatasi tahap sebegitu, jadi ianya suatu potensi baik untuk melawan Jordan kelak.”
Bagi Daniel, beraksi bersama pasukan Harimau Malaya adalah kenangan yang amat istimewa.
Secara peribadinya, beliau sudah lama mendambakan detik itu.
“Sudah lama saya bermain di Malaysia, tapi untuk muncul bersama skuad kebangsaan sememangnya bertaraf lebih tinggi, latihan juga lebih ketat.”
“Kesemua pemain ingin memberikan yang terbaik untuk tanah air.”
Pemain yang menyarung jersi nombor 4 itu menafikan gelaran ‘budak baharu’ buat dirinya didalam skuad, memandangkan beliau akui telah mengenali ramai pemain lain yang mengeratkan ukhwah diantara mereka saban tahun.
“Saya gembira dapat menghadiahkan gol sulung buat Harimau Malaya.”
“Kebanyakan diantara kami pernah beraksi bersama-sama didalam sebuah pasukan. Oleh itu, camaderie (kemesraan hubungan) semua baik.”
Beliau yang telah dipinjamkan ke Sabah FC sepanjang tahun lalu berjanji untuk memberikan persembahan yang cemerlang di Piala Asia kelak.
Malaysia bakal berdepan pasukan Jordan pada 16 Januari hadapan sebagai kemunculan sulung di kejohanan tersebut selepas 44 tahun.