Pemain kacukan bagus atau tidak untuk bolasepak negara?

342

Kemunculan pemain naturalisasi yang berdarah campuran Malaysia dan luar negara semakin ‘memeriahkan’ liga dan pasukan kebangsaan negara kebelakangan ini.

Namun yang menjadi persoalan adakah kehadiran pemain kacukan ini memberi kesan baik kepada bolasepak Malaysia atau sebaliknya?


PROS

Kehadiran pemain naturalisasi ini dilihat membawa sisi positifnya kerana memberi saingan hebat kepada pemain tempatan, membuatkan mereka lebih bermotivasi untuk memperbaiki prestasi masing-masing dan merebut peluang sebagai pemain utama pasukan.

Selain itu, kualiti pemain naturalisasi yang kebanyakkannya pernah beraksi di liga luar negara memberi kelebihan dari segi cara permainan, kekuatan dan profesionalisme mereka sebagai pemain. Hal ini sekaligus dapat memperbaiki mutu persembahan di Liga Malaysia dan menjadikan liga semakin menarik.

Pemain kacukan ini juga boleh berkongsi pengalaman yang mereka ada beraksi di luar negara bersama pemain tempatan. Ini membolehkan pemain tempatan untuk ‘mencedok’ ilmu dari mereka jika dimanfaatkan dengan baik. 

CONS

Antara kontranya pula, jika terlalu bergantung kepada pemain naturalisasi ini dikhuatiri pemain tempatan akan kurang peluang untuk beraksi dan membuatkan prestasi mereka merudum. Hasilnya kelab-kelab dan juga liga akan kehilangan banyak bakat-bakat pemain tempatan yang berpotensi untuk menyerlah.

Walaupun pemain kacukan ini mempunyai darah Malaysia, tapi jiwa dan patriotisme mereka mungkin tidak sama dengan pemain tempatan. Mungkin kerana mereka menetap di luar negara bertahun-tahun dan kurang ‘jiwa’ untuk membawa nama Malaysia lebih jauh.

Pemain kacukan juga dikatakan oleh segelintir peminat bolasepak negara sebagai bersikap agak ‘besar kepala’ kerana kelebihan yang mereka miliki. Ia adalah sikap yang tidak diingini ada dalam pasukan kebangsaan. Sesetengah juga diminta untuk diberi layanan istimewa di mana ia adalah satu tindakan tidak adil untuk pemain tempatan ‘tulen’. 

Namun pihak bertanggungjawab perlulah membuat saringan yang ketat dengan melakukan penilaian mendalam dari segi prestasi semasa dan usia yang sesuai.

Selain itu, sebagai seorang yang menerima kewarganegaraan Malaysia, mereka hendaklah dikehendaki untuk menyertai kursus kenegaraan dan jati diri untuk membentuk jiwa patriotisme dalam diri mereka selaku pemain yang membawa bendera Malaysia dan lencana di dada.