Ayuh pemain ke-12! Buktikan iringan sokongan padu anda kepada skuad Harimau Malaya di Piala Asia!

63

Setelah 44 tahun pernantian, akhirnya hari ini sudah tiba!

Sebagai penyokong apa lagi mampu kita ‘hidangkan’ kepada skuad bagi membuktikan tanda sokongan penuh kepada mereka?


Perlu diingatkan, ini merupakan kemunculan sulung Malaysia di Piala Asia selepas lebih empat dekad sepi dari pentas Asia, pastinya ianya teramat istimewa buat seluruh rakyat Malaysia.

Inginkan pula kita dikatakan pasukan underdog jika dibandingkan dengan negara lain didalam carta kumpulan E.

Jadi bentuk sokongan macam mana boleh kita lakukan?

Ada yang mengambil inisiatif untuk menyarung jersi Harimau Malaya di tempat kerja hari ini sebagai tanda sepakat (sepasukan) mendoakan kemenangan skuad tengah malam ini.

Melihatkan era yang serba canggih kini yang membolehkan semua orang untuk saling berhubung antara satu sama lain dengan begitu mudah, para penyokong juga mampu menghantarkan kata-kata semangat kepada bintang-bintang bola sepak tanah air.

Mengapa tidak? Tidak kira sama ada hantaran komen secara umum meskipun secara peribadi yang ditujukan khas buat pemain itu, ianya tetap bermakna untuk mereka.

Meski kelihatan biasa, namun tindakan sebegini memainkan peranan yang cukup besar.

Sedikit sebanyak ucapan tersebut akan menyuntik motivasi kepada skuad bagi memberikan persembahan di tahap optimum.

Selain itu, bendera Jalur Gemilang turut boleh dikibarkan serta digantung di suatu sudut kenderaan, di rumah dan juga di kedai-kedai makan.

Isu yang hangat diperkatakan dua minggu lalu, hadiri tayangan skrin besar dilokasi-lokasi yang ditetapkan pastinya akan menjadi antara aktiviti terbaik dan menarik buat seluruh warga tempatan.

Sudah tentu ukhwah diantara keluarga dan rakan-rakan akan menjadi lebih erat, memandangkan sukan juga adalah pengikat sesebuah masyarakat.

Buat penyokong tegar yang mampu dari segi kewangan dan kekangan masa, mereka digalakkan untuk terbang ke Qatar dan hadiri antara ketiga-tiga perlawanan pasukan Malaysia.

Bukan sahaja dapat mengisi bahagian penyokong Malaysia di stadium, pemain juga tidak terasa asing dengan hadirnya laungan hebat dari pemain ke-12 yang sanggup merempuh tujuh jam penerbangan ke Qatar demi mengiringi kemenangan mereka.

Apapun jua, semangat juang yang jitu dari pelbagai bentuk terbukti mampu menjanjikan keunggulan pasukan Malaysia di atas padang kelak.