Kami tak gugup tapi permainan serba tak menjadi dan permainan kami tidak menjadi – Paulo Josue

90

Pemain naturalisasi Malaysia, Paulo Josue memberitahu mereka tidak gugup apabila turun padang beraksi, sebaliknya permainan mereka pada serba tidak menjadi yang menyaksikan mereka tewas 4-0 kepada Jordan dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Asia 2023.

Josue bagaimanapun enggan terlalu memikirkan kekalahan sebaliknya akan terus pandang ke hadapan untuk kembali dengan lebih kuat.


“Kami tak rasa kami gugup tapi serba tak menjadi buat kami pada perlawanan malam tadi. Barisan kejurulatihan akan membuat analisis video mengenai perlawanan malam tadi untuk cuba memperbaiki kelemahan untuk perlawanan seterusnya.

Oleh itu, kesemua pemain perlu fokus untuk perlawanan kedua kerana kami masih mempunyai peluang,”

katanya.

Beliau turut berkata mereka terpaksa akur dengan kualiti yang ada pada pemain pasukan lawan yang ternyata berada di tahap lebih tinggi daripada mereka.

Dalam pada itu, skuad Harimau Malaya selepas ini akan bertemu dengan Bahrain yang turut tewas 3-1 pada perlawanan pertama mereka menentang pasukan pilihan Korea Selatan.

“Kami menyaksikan perlawanan Bahrain petang tadi di mana mereka berjaya mencipta masalah buat pasukan Korea jadi kita perlu buat perancangan rapi bagi mengatur strategi ampuh untuk menentang mereka nanti.”

Skuad kendalian Kim Pan-gon akan bertemu Bahrain pada 20 Januari ini sebelum bertemu gergasi Korea Selatan dalam perlawanan terakhir pada 25 Januari.