Mahmoud Al-Mardi harap dapat kembali bermain di Liga Super

265

Pemain sensasi Jordan, Mahmoud Al-Mardi menyuarakan hasratnya untuk kembali ke Malaysia untuk beraksi dalam saingan Liga Super.

“Buat masa sekarang ini saya masih tidak tahu tapi saya sangat sukakan Malaysia,”

katanya.

Pada musim 2022, Mardi menyarung jersi Kedah Darul Aman FC yang mana beliau berjaya membantu Sang Kenari untuk mara ke peringkat separuh akhir Zon dalam saingan Piala AFC dibawah kendalian Aidil Sharin Sahak.


Baru-baru ini juga terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Mardi bakal kembali menyarung jersi Hijau Kuning untuk musim 2023/2024.

Dalam pada itu, pemain berusia 30 tahun itu menjadi ‘duri dalam daging’ kepada pasukan Malaysia selepas dua golnya berjaya bantu Jordan untuk menang 4-0 dalam perlawanan pertama Kumpulan E Piala Asia 2023.

“Alhamdulillah, gol ini adalah gol pertama saya di kejohanan Piala Asia dan kini kami akan memberi tumpuan kepada perlawnaan seterusnya pula.”

Beliau pada masa sama turut memberitahu beliau tidak mengalami kecederaan yang serius selepas terpaksa dikeluarkan awal biarpun beraksi dengan cukup baik sekali.

Jordan yang kini menjadi pendahulu kumpulan akan turun menentang gergasi Korea Selatan pada 20 Januari ini sebelum menentang Bahrain pada 25 Januari.