“Anak-anak Sidek memimpin organisasi badminton negara? Memang situ tempat mereka!”

222

Sepertinya suara ramai menyetujui urusan pentadbiran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kini untuk menerima ‘sentuhan’ pakar, secara khususnya daripada pemain lagenda – anak-anak Sidek.

Ianya turut diakui, bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim, yang berkata kehandalan lima Sidek bersaudara tidak dapat dinafikan oleh orang ramai, membuktikan bahawa mereka sememangnya layak pemimpin organisasi tersebut.


“Dalam hal ini, sebaiknya letak orang yang betul-betul pakar dalam bidang dia.”

“Sidek brothers, memang itu kepakaran mereka!”

Jawabnya kepada Harimau Malaya.

Ianya susulan reputasi merosot pasukan badminton negara di kejohanan Petronas Terbuka Malaysia minggu lalu, yang secara tidak langsung memberikan tempias kepada pentadbiran badan induk itu ketika ini.

Roslin berpendapat bahawa Datuk Seri Jalani Sidek merupakan figura yang tepat bagi dilantik menjadi presiden persatuan itu.

Ini kerana beliau menyokong dan mempercayai networking serta selok belok yang menyeluruh dimiliki oleh lagenda badminton negara itu.

“Mungkin Datuk Misbun tidak berapa minat dalam bidang pengurusan, dan lebih kepada melatih kerana itu adalah kepakaran beliau.”

“Tapi Datuk Seri Jalani lebih kepada bahagian pengurusan, okay kalau beliau menjadi presiden. Beliau tahu siapa untuk berhubung.”

Beliau tidak menafikan ianya juga mudah dalam mendapatkan penajaan dengan adanya ahli politik didalam tampuk pimpinan, namun individu yang lebih tepat pastinya akan memberikan hasil yang lebih baik.

Bekas pemain nombor satu dunia itu turut merasai bahawa program Road To Gold (RTG) yang dimulakan sejak tahun lalu masih belum membuahkan hasil.

“Atlet badminton paling ramai yang menerima program RTG ini namun sehingga kini, masih belum menarik apa-apa lagi pingat.”

“Pemain dari sukan lain pasti akan melihat ianya suatu pembaziran kerana ramai lagi yang layak untuk terima RTG dan ke Olimpik.”

Dipercayai sukan badminton mendapat keutamaan didalam program tersebut oleh sebab ianya mampu menjadi ‘lubuk emas’ buat negara.

Roslin turut mengharapkan inisiatif yang dilakukan pengarah kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky baru-baru ini dalam memanggil semula lagenda badminton negara untuk menjadi sparring partner para atlet sewaktu latihan untuk lebih berkesan.

Player kena pandai bezakan yang mana harus serious, mana boleh berbual.”

“Jangan datang sebagai kawan-kawan sahaja, perlu hormat dan ada boundaries.”