Penganjuran Piala Asia 2023 lebih berprestij berbanding AFCON 2023

117

Jurulatih penjaga gol ICON Football Academy, Kola kagum dengan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang berjaya menganjurkan kejohanan Piala Asia 2023 dengan cukup baik berbanding Africa Cup of Nations (AFCON) 2023.

“Fasiliti yang saya dapat lihat di sini ketika persiapan Piala Dunia adalah sesuatu yang cukup menakjubkan dan sejujurnya untuk persiapan Piala Asia 2023 kali ini juga cukup hebat.

Saya menonton perlawanan Piala Asia dan juga AFCON yang sedang berlangsung dan apa yang saya boleh katakan stadium untuk Piala Asia jauh lebih hebat berbanding AFCON,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, Kola yang berasal dari Nigeria sudah lebih sedekad berhijrah ke Doha, Qatar untuk terlibat dengan bola sepak di peringkat akar umbi.


Beliau yang merupakan jurulatih penjaga gol utama di ICON Football Academy berkata bola sepak di Qatar sangat berbeza selain beliua diberi peluang untuk melebarkan karier kejurulatihannya di sini.

Tambahnya lagi, anak-anak muda yang berada di Qatar mempunyai fasiliti yang cukup lengkap untuk mempersiapkan mereka menjadi pemain bola sepak profesional.

“Bola sepak di Qatar sangat berbeza dan cukup menarik dan anak-anak di sini mempunyai fasiliti yang cukup lengkap jika hendak dibandingkan di negara Afrika.”

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa beliau merupakan bekas jurulatih penjaga gol untuk kelab gergasi di Perancis iaitu Paris Saint-Germain (PSG) B-8.

Sementara itu, selain menjadi jurulatih di ICON Football Academy beliau juga merupakan sebahagian daripada barisan kejurulatihan Aspire Academy yang merupakan akademi bola sepak untuk pasukan kebangsaan Qatar.