Kesilapan posisi pemain berikan lebih peluang serangan buat pihak lawan – Shazwan Wong
Meletakkan pemain Harimau Malaya diposisi yang salah hanya akan memberikan lebih ruang serangan buat pihak lawan.
Itu pandangan jurulatih berpengalaman, Shazwan Wong yang menganalisasi kesilapan strategi penyusunan jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon sewaktu perlawanan menentang Jordan kelmarin.
“Arif Aiman adalah pemain yang ‘paling bahaya’ jika dia bahagian attacking. Jika dia di bahagian right wing back, ianya mengurangkan threat buat pihak lawan!”
“Contoh stabil sekiranya tiga pemain dibelakang adalah Shahrul, Junior dan Dion, di right wing back adalah Matthew dan left wing back adalah Corbin.”
Jawabnya kepada Harimau Malaya.
Beliau berpendapat bahawa kesebelasan utama yang terbaik adalah Syihan Hazmi (GK), Dion Cools dan Shahrul Saad (CB), Matthew Davies (RB) manakala Corbin Ong (LB), Syamer Kutty Abba dan Brendan Gan (CM), Arif Aiman (RW), Faisal Halim (LW) dan Darren Lok dan Paulo Jose (ST).
“Arif Aiman, Faisal Halim dan Darren Lok – tiga pemain ini adalah sangat bahaya bila ada bola dekat kaki.”
Beliau berharap penyusunan pemain juga dapat kembali kepada formasi 4-3-3 melihatkan ianya berkesan sepanjang kejohanan kelayakan Piala Dunia 2026 November lalu.
“Kita boleh memberikan persembahan yang baik andai setiap posisi pemain stabil.”
Beliau turut mengaitkan dengan kali terakhir Malaysia bertemu Bahrain yang menunjukkan keputusan tewas 2-1, namun tetap dikira hebat dan memberi saingan.
Jurulatih itu akui ianya agak sukar bagi mengatasi pasukan Korea Selatan namun ianya tidak mustahil demi mendapatkan tempat tiga terbaik.
Baginya perlawanan Malaysia hanya perlu menang bersama Bahrain, tidak menerima seri.
“Perlawanan bersama Bahrain adalah perlawanan ‘do or die’.”