Permulaan ‘tidak lancar‘ buat skuad negara, para atlet harus pantas tingkatkan prestasi

41

Sejak kebelakangan ini, kerap kali peminat sukan tanah air menerima khabar yang menghampakan oleh pelbagai jenis skuad Malaysia.

Bermula dari arena gelanggang badminton, di padang bola dan juga pusat hoki.


Temasya sukan olimpik serta pingat-pingat melambai enam bulan dihadapan namun kemajuan prestasi skuad masih sukar dilihat.

Jaguh hebat badminton masih belum dapat tembus peringkat akhir mahupun separuh akhir didalam perlawanan badminton yang diadakan di laman sendiri.

Bintang bola sepak menelan keperitan ‘dititik’ empat kali bolos oleh pihak lawan di kejohanan yang sudah empat dekad tidak dijejaki secara merit.

Kedua-dua skuad hoki lelaki dan juga wanita terpaksa akur pada kekalahan berdepan pasukan ‘orang putih’ setelah berjuang mati-matian.

Apa yang belum ‘kena’ dengan team Malaysia permulaan tahun ini?

Jurulatih hanya yang hebat-hebat belaka disediakan buat para pemain serta fasiliti yang lengkap untuk kegunaan di tahap terbaik.

Atlet tidak boleh menggunakan kesempatan menganggap ‘awal tahun’ sebagai masa untuk warm up markah atau reset kerana ianya akan menjejaskan reputasi skuad untuk masa akan datang.

Disamping itu, tindakan sebegitu akan memberikan laluan emas buat pasukan dari negara lain untuk terus pecut memintas.

Tambahan lagi, sukan badminton yang dijangkakan akan menjadi ‘lubuk emas’ buat negara, para atletnya harus sudah mengekalkan kejuaraan dari sekarang.

Mungkin para atlet negara perlu menolak sebarang ‘pelawaan luar’ yang hanya akan menganggu konsentrasi demi populariti mereka.

Mereka perlu sentiasa mengingati bahawa aset mereka adalah prestasi kecemerlangan mereka didalam arena sukan serta demi membolot pingat dan trofi buat negara tercinta.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen