Kehilangan The Red Warriors di Liga Super, mungkin kelab lain bakal menyusul?
Siapa sangka perlawanan Liga Super musim lalu menentang Sabah FC pada 20 November lalu adalah kali terakhir buat penyokong The Red Warriors untuk melihat bintang mereka beraksi di atas padang.
Pasukan yang baru sahaja dikeluarkan dari Liga Super Malaysia oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) semalam sepertinya sudah lama menunggu detik yang tepat untuk khabar ini menjadi rasmi.
Pelbagai isu yang mereka terpalit antaranya soal lewat pembayaran gaji, pelesenan, penajaan, pengurusan kelab yang kurang baik, selain fasiliti stadium dan padang yang rosak.
Ke mana hilangnya zaman kegemilangan pasukan Kelantan yang gah suatu ketika dahulu?
Dimana mereka mengungguli pelbagai kejohanan selain barisan pemain yang lincah seperti Khairul Fahmi Che Mat, Syed Adney Syed Hussein, Mohd Daudsu Jamaluddin, Hairuddin Omar dan Norshahrul Idlan Talaha.
Namun, kemungkinan juga akan ada kelab lain yang bakal menyusul Kelantan FC suatu masa nanti, melihatkan isu yang seakan sama kelab-kelab ini tanggung sepanjang musim lalu.
Beberapa tahun kebelakangan ini juga terdapat banyak kelab yang released dari liga tersebut iaitu Felda United FC, Melaka United, Sarawak United, PJ City dan UiTM FC.
Barangkali ianya disebabkan isu yang seakan sama yang sekaligus telah memerangkap skuad terbabit.
Ini membuktikan betapa MFL amat tegas dalam mengambil tindakan terhadap kelab yang mungkin kurang mengambil serius soal pengurusan serta hal ehwal pemain, melihatkan mereka tidak layak untuk bersaing di liga itu.
Dari terus memikirkan kemungkinan ianya akan terjadi, kelab-kelab yang berpotensi akan ‘goyah’ sebegini yang masih di liga itu harus bekerja keras dan berusaha demi mengekalkan kedudukan.
Adakah jika ada lagi beberapa kelab yang dikeluarkan selepas Kelantan pada musim-musim akan datang, adakah ia bermakna Liga Super Malaysia akan dijalankan dengan jumlah kehilangan separuh pasukan asal?