Isu lewat pembayaran gaji harus cepat diselesaikan, jangan sampai pemain ‘gantung but’!

102

Betapa mudahnya untuk membuat bayaran zaman sekarang, namun masih ada pihak pengurusan bola sepak yang masih ingin berdolak dalih dalam membayar gaji pemain.

Pelbagai kelab yang turut terpalit dengan isu sebegini, barangkali inilah masa terbaik untuk mendengar rintihan mereka setiap seorang.


Ianya telah memberi impak besar kepada ramai pemain lebih-lebih lagi dalam keminatan bermain bola sepak selain depresi dan tekanan tidak dapat membuat bayaran seharian.

Sehinggakan ada yang menganggap bermain bola sepak bukanlah suatu karier yang baik lagi di Malaysia.

Ada juga yang seakan hilang mood untuk beraksi di atas padang lagi, dan berfikir untuk bersara awal meskipun ini merupakan impian mereka sejak di bangku sekolah.

Sebagai contoh, kebanyakan pemain The Red Warriors adalah anak-anak muda yang pastinya memiliki stamina yang masih kuat dan bakat bermain mereka mampu diasah dari sekarang.

Siapa tahu mereka boleh dijadikan pelapis buat skuad kebangsaan suatu ketika nanti?

Mengapa perlu ianya menjadi sebuah isu berlarutan sedangkan bermacam kaedah pembayaran mampu dibuat kini seperti online transfer, QR code selain bayaran tunai.

Ianya tidak perlu juga dijadikan suatu topik perbalahan dan salah faham pengurusan serta para pemain kerana persefahaman bersama harus dikecapi.

Tidakkah muncul segelumit rasa kasihan kepada pemain?

Bintang bola sepak juga memiliki ahli keluarga, tanggungjawab masing-masing, keinginan kendiri untuk digunakan disamping meneruskan simpanan buat masa hadapan.

Mereka juga manusia biasa yang diberi bakat dalam bermain bola sepak, namun tetap menjalani kehidupan seperti biasa.

Kelangsungan hidup mereka harus diberi perhatian selain membela nasib mereka yang telah bertungkus lumus mewakili kelab bola sepak terbabit.

Pihak pengurusan seharusnya bersikap lebih profesional dan melaksanakan tugas dengan adil dan saksama dari semua aspek.

Apapun ia, hutang tetap dikira hutang tanpa mengira sikit ataupun banyak.

Usah lari dari tanggungjawab dan sebaiknya melangsaikan bayaran pemain secepat mungkin demi kebaikan bersama di masa-masa akan datang.