FAM ‘U-turn’, terima bantahan KL City FC
Selepas mendapat bantahan daripada pasukan futsal KL City FC dan kecaman peminat, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya membuat pusingan ‘U’.
FAM menerusi satu kenyataan daripada Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata Jawatankuasa Rayuan FAM telah bermesyuarat selepas dapat bantahan dari pasukan KL.
“AJK FAM yang bermesyuarat malam tadi telah membuat keputusan untuk menerima bantahan dikemukan oleh KL City FC, pasukan yang beraksi dalam saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2022.”
Berikutan itu, perlawanan KL dengan Selangor TOT United dan Selangor MAC akan diadakan pada satu tarikh yang akan diumumkan dalam masa terdekat ini.
Terdahulu peminat berang dan mengecam keputusan FAM yang memberikan kemenangan percuma dua lawan KL dengan jaringan 5-0 berikutan beberapa pemain KL positif COVID-19.