Biarpun tewas, ada perkara positif yang boleh dibawa ke perlawanan seterusnya – Stuart Wilkin

162

Pemain kebangsaan, Stuart Wilkin mengakui cukup kecewa dengan kekalahan 1-0 kepada Bahrain tetapi berkata masih ada perkara positif yang boleh diambil untuk dibawa ke perlawanan seterusnya.

“Sangat kecewa kerana kita bolos di saat-saat akhir tapi saya rasa kita belajar dari perlawanan sebelum ini yang mana kita memperlihatkan barisan pertahanan yang lebih solid.

Pemain juga sudah memberikan segala-galanya tapi perkara seperti ini sering berlaku dalam bola sepak tapi ada perkara positif yang kita boleh ambil untuk dibawa ke perlawanan seterusnya,”

katanya.

Stuart turut memuji aksi pasukannya yang memperlihatkan peningkatan dari perlawanan pertama ke perlawanan kedua sekaligus perlawanan terakhir akan menjadi ujian terbesar skuad negara.


Skuad negara yang kini menghuni tangga tercorot Kumpulan E akan turun menentang gergasi Korea Selatan pada 25 Januari ini dalam misi mustahil untuk cuba menutup kempen Piala Asia 2023 dengan keputusan positif.

“Ia akan menjadi satu ujian yang cukup besar untuk pasukan kerana Korea Selatan merupakan sebuah pasukan yang cukup berkualiti.

Tapi kita banyak belajar dari perlawanan pertama dan kedua, jadi saya harap kita dapat gunakan pengalaman itu untuk cuba beri aksi yang lebih baik nanti.”