Hari perlawanan ketiga berkongsi tarikh dengan cuti umum, sokongan masih sama dari penyokong buat Harimau Malaya?

107

Melihatkan prestasi pasukan Malaysia yang semakin mengecewakan di Qatar, adakah sokongan para penyokong akan kekal sama?

Kemunculan ketiga skuad Harimau Malaya di Piala Asia pada Khamis nampaknya akan berkongsi tarikh bersama perayaan Thaipusam tahun ini, iaitu pada 25 Januari.


Memandangkan ianya merupakan hari cuti umum buat rata-rata pekerja, dijangka pasti ramai yang akan pakat berkumpul di tayangan skrin besar bagi memberikan sokongan terakhir di Piala Asia kali ini melihatkan ianya bermula pada 7.30 malam.

Khususnya buat penyokong di tanah air, adakah kesempatan terakhir ini akan digunakan selain menaruhkan harapan kepada skuad kebangsaan?

Masihkah sama riuh-rendahnya sorokan serta semangat yang dipamerkan Ekor Harimau Malaya seperti sebelum perlawanan pertama dan kedua?

Adakah para penyokong akan terus cekal ‘turun padang’ menyokong pasukan negara?

Tidak dinafikan ramai yang seakan sudah ‘tawar hati’ setelah dua kali dikecewakan dengan skuad negara atas persembahan mereka sejak minggu lalu.

Atau ada yang sudah berpatah hati yang terus menonton persembahan bintang-bintang Harimau Malaya buat masa ini?

Atau mungkin ada yang ingin beralih arah dan sedikit sebanyak yang mahu menyaksikan sekaligus menyokong pemain dan pasukan Korea Selatan?

Meskipun tidaklah mustahil buat skuad kebangsaan dalam cubaan mengikat keputusan seri mahupun menewaskan pasukan Korea Selatan, namun harapan yang terlalu tinggi tidaklah menjadi bualan utama lagi kini.

Korea Selatan yang menduduki tangga ke-24 di carta kedudukan FIFA ketika ini bukanlah sebuah pasukan biasa-biasa yang tidak memberikan cabaran buat Malaysia.

Pasukan mereka juga dibarisi pemain-pemain yang merekodkan reputasi yang amat cemerlang buat kedua-dua skuad nasional dan kelab yang mereka wakili.

Demi mencapai target tertentu skuad Harimau Malaya, pilihan satu-satunya kini adalah dengan mengalahkan pasukan hebat tersebut dengan beberapa jumlah gol demi memintas laluan ke tempat dua terbaik kumpulan.

Pemain ke-12, masihkah anda setia menanti jaringan gol sulung Malaysia di Piala Asia 2023?