‘Shoutout’ buat semua bintang Harimau Malaya, kebangkitan di Piala Asia 2023 bukti pemain ‘ambil tindakan’ hargai penyokong!

110

Kudos buat kesemua bintang skuad Harimau Malaya yang telah bertungkus lumus beraksi demi meraih mata di Piala Asia 2023.

Berbagai drama dan senario hebat tentang naik turunnya prestasi pemain yang sekaligus mencacatkan persembahan pasukan secara keseluruhan dapat semua saksikan sepanjang bulan ini.


Namun ini jelas membuktikan bahawa di setiap kejatuhan skuad pastinya akan ada ‘manisnya’ di penghujung.

Para pemain pasukan kebangsaan ternyata pantas ‘mengambil tindakan’ dalam menangani masalah dalaman mereka dan cuba untuk improve sebaik mungkin demi kembali mengharumkan nama negara!

Lihat sahaja betapa fanatiknya penyokong bola sepak tempatan.

Sehinggakan ramai yang sanggup menempah tiket kapal terbang sekaligus mengambil cuti dari kerja dalam tempoh yang panjang demi menyuntik motivasi buat pemain kebangsaan.

Tidak lupa juga antara contoh hebat salah seorang penyokong dari Melaka, Derrick Gan yang rela melepaskan motor kegunaan hariannya untuk ke Qatar.

Beliau yang dilihat menangis kegembiraan disaat jaringan penalti oleh bintang penyerang, Arif Aiman ketika perlawanan bertemu Korea Selatan Khamis lalu, rupa-rupanya mempunyai kisah tersendiri.

Derrick juga telah menerima dua biji motorsikal baharu setibanya di tanah air, termasuklah dari penjaring gol sulung buat Malaysia di perlawanan bersejarah itu, Faisal Halim.

Sebelum itu juga, adanya penyokong istimewa, Muhammad Ridzwan Erman Effendi, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan tetap hadir ke Qatar dan kelihatan pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta para pemain bertemu dengannya, menyuarakan betapa kuatnya semangat untuk hanya ‘mendengar’ kemenangan negara tercinta di pentas Asia.

Akan tersemadi lagi ratusan lagi kisah unik penyokong tegar Harimau Malaya yang bergadai harta benda demi berada di stadium-stadium Qatar itu.

Begitulah akrabnya hubungan diantara pemain dan penyokong, meski marah ketika menyajikan prestasi menghampakan, namun tetap kekal menyokong dan mempercayai kebolehan para pemain.

Bagaimana sahaja pemain tidak mahu bersungguh-sungguh berjuang untuk membanggakan negara selain penyokong dan keluarga tersayang?

Layak sahaja sukan ini mendapat dana tambahan untuk menyemarakkan lagi semangat buat para pemain, sekaligus kekal unggul sebagai sukan paling popular di Malaysia.

Tidak hairan jika ramai juga penyokong yang akan ke Qatar untuk menyaksikan persembahan skuad B-23 April kelak.