Jordan hantar wakil juara dunia, nasib Malaysia di eAsian Cup dipercayai 50-50
Pernah mengungguli kedudukan nombor satu suatu ketika dahulu, pemain pro-sukan elektronik JDTGBX atau nama sebenar beliau, Mohamad Norhaikal Mohamad Noh hanya akan menganggap segala tekanan sebagai motivasi buat kejayaan dirinya di AFC eAsian Cup.
Baginya tugas utama skuad eRimau buat masa ini adalah untuk melepasi peringkat kumpulan, dimana pasukan negara bakal menentang pemain dari Jordan, Bahrain dan Korea Selatan.
Perlawanan AFC eAsian Cup akan mula berlangsung pada 1 Februari sehingga 5 Februari.
Merasakan ianya sebagai jelmaan Piala Asia tempoh hari, kejohanan ini juga pertama kali diadakan pada edisi kali ini.
“Kami telah mengadakan perlawanan persahabatan bersama Vietnam dan India baru-baru ini, dan Malaysia telah menjuarai kedua-dua perlawanan itu.”
Katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur International Airport 1 (KLIA 1) pagi ini.
Norhaikal juga optimis dengan persefahaman dan komunikasi baik diantara dirinya bersama pasangan beregunya, hasil enam tahun bergandingan didalam sukan ini.
“Pasukan dari Jepun dan Iran antara yang terkuat secara keseluruhan, tetapi bagi peringkat kumpulan adalah pasukan Jordan.”
Beliau berkata demikian oleh sebab Jordan memiliki salah seorang pemain yang merupakan seorang juara dunia.
“Format disana juga adalah 2 lawan 2, kami semua pastinya sudah bersedia.”
“Mungkin 50-50. Saya percaya Malaysia dapat pergi jauh.”
Beliau bersama dua lagi rakan pasukan, Shaharil Shaifuddin Shaharuddin (Ochibikun) dan Muhammad Khairul Abdul Aziz (Keron) telah berangkat ke Doha, Qatar hari ini.