Dr. Vellapandian Ponnusamy harap lebih banyak NGO tampil bantu belia berdepan masalah kesihatan mental

104

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Dr. Vellapandian Ponnusamy berharap dengan kajian yang dilakukan pihaknya dapat menarik perhatian badan bukan kerajaan (NGO) untuk tampil bantu belia yang berdepan masalah kesihatan mental.

Dr. Vellapandian berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Indeks Kesihatan Mental Belia menyaksikan tinjauan yang dilakukan mendapati kadar indeks kesihatan mental belia di Malaysia berada pada tahap 71.91%.


“Kalau kita lihat tahap memuaskan ia akan ambil masa yang lama. Buat sekarang ini kita berada dalam tahap moderate satisfactory yang maksudnya kena ada lonjakkan.

Jadi dengan adanya banyak program-program pembangunan belia yang menjurus kepada pembangunan mental belia.

Kalau ada ramai NGO-NGO dapat bersama-sama dengan kita kerana ia bukan tanggungjawab kita sahaja di KKM, KBS dan sebagainya tapi agensi-agensi lain juga perlu memainkan peranan penting,”

katanya.

Dalam pada itu, beliau yang berkata sebanyak lebih 30 NGO yang hadir pada Majlis Pelancaran Indeks Kesihatan Mental Belia dapat menggunakan indeks itu untuk menjana program-program yang boleh membantu belia yang mengalami masalah kesihatan mental.

“Dengan kehadiran NGO pada majlis ini mereka dapat menjana program yang boleh bantu belia yang berdepan masalah kesihatan mental seperti depression, anxiety dan sebagainya.”

Beliau turut berkata pihaknya selepas ini akan melakukan inisiatif-inisiatif bersama dengan kementerian lain yang mempunyai peranan dalam pembangunan belia.