MAL buka ruang dan peluang kepada semua lapisan untuk beraksi di MLBB

84

Suka atau tidak, e-sukan kini menjadi salah satu sukan terbesar di Malaysia ketika ini dengan Mobile Legends: Bang Bang Profesional League Malaysia (MPL MY) terus berkembang dari musim ke musim sekaligus memperlihatkan perkembangan cukup positif.

Melihat kepada perkembangan positif ini, MLBB baru sahaja memperkenalkan MLBB Academy League (MAL) yang mana ia adalah platform untuk akar umbi mengembangkan bakat mereka dalam e-sukan.


Menurut Ketua Pemasaran & Pembangunan Perniagaan Moonton Games, Fikri Rizal Mahruddin, MAL adalah terbuka kepada sesiapa sahaja.

“Kita sekarang ini dikenali sebagai MLBB E-sports Malaysia di mana baru-baru ini kami telah melancarkan MAL.

Objektif utama MAL adalah untuk kita buka peluang sesiapa sahaja untuk sertai industri kita dan sertai MLBB E-sports baik sebagai pemain, shot caster ke, jadi jurulatih atau pengurus, jadi kami mahu buka lebih banyak peluang,”

katanya.

Fikri berkata MAL musim hadapan akan menyaksikan sebanyak dua slot akan ditawarkan untuk enam lagi kejohanan third party.

“Kejohanan third party  itu adalah kejohanan peringkat negeri, peringkat sekolah, peringkat universiti, peringkat OKU (Orang Kurang Upaya) dan wanita.”

Jelasnya lagi, setiap juara di setiap peringkat akan mara ke perlawanan akhir yang mana kesemua mereka akan berentap untuk merebut dua slot ke MPL MY.

Dalam pada itu, beliau turut berkata pihaknya tidak merancang untuk mengambil orang luar bagi menjadi duta MPL MY, sebaliknya pemain-pemain yang beraksi ketika ini adalah duta terbaik untuk mereka.

“Kita kalau boleh kita nak kembangkan pemain-pemain kita, kita punya shot caster dan bakat-bakat kita sendiri yang mana ia akan menjadi fokus utama kami jadi kami tak cari orang luar tapi lebih kepada bagaimana kami boleh push pemain kami lebih jauh. Itu sasaran kami.”

Tambahnya lagi, sekiranya seseorang pemain itu mencapai kejayaan ia secara tidak langsung akan turut menjadi kejayaan mereka juga.