Maklum balas penggunaan VAR lebih banyak positif – Stuart Ramalingam
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Datuk Stuart Ramalingam berkata pihaknya menerima banyak maklum balas positif mengenai penggunaan video bantuan gol (VAR) ketika ini.
Menurut Stuart, maklum balas positif yang diterima itu selepas pihaknya mengadakan perlawanan pra musim VAR MFL 2024/25.
“Lebih positif daripada negatif saya boleh katakan. Penerimaan VAR di peringkat tempatan di kelab masing-masing kita sudah membuat pembentangan dan taklimat kepada hampir kesemua pasukan dalam Liga Malaysia dan diterima baik.
Penyediaan teknologi baru memerlukan masa untuk diadaptasi, selain daripada operasi, produksi dan penyiaran serta pengguna iaitu pengadil sendiri,”
katanya.
Tambahnya lagi lapan perlawanan pra musim VAR yang mereka anjurkan adalah satu keputusan berhati-hati untuk mereka menyediakan ruang latihan untuk pengadil, kelab dan produksi.
Untuk pengetahuan peminat bola sepak tanah air, saingan Liga Super Malaysia musim 2024/25 akan menggunakan teknologi mobile VAR.
Objektif utama penggunaan VAR adalah untuk membantu pengadil-pengadil mengurang dan mengelakkan dari membuat keputusan kontroversi.