KBS tak akan campur tangan urusan FAM – Adam Adli

61

Timbalan Menteri Belia Dan Sukan (KBS), YB Adam Adli memberitahu pihaknya tidak akan masuk campur tangan dalam urusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terutamanya dalam soal pemain warisan.

“Kita akan teruskan program sedia ada tapi dari masa ke masa kita selalu akan ‘collab’ dengan FAM untuk pastikan kita tahu apa nak buat dan kita boleh bantu FAM dari sudut keperluan yang sesuai dengan peranan kementerian.

Kami akan tinggalkan aspek teknikal kepada FAM. Kita tidak akan campur tangan atau cuba tunjuk pandai berlebih-lebihan. Kita percaya kepada pasukan, semua yang berada di belakang pasukan tersebut tahu apa yang perlu dibuat,”

katanya.

Dalam pada itu, Adam turut berkata kemunculan filem “Harimau Malaya: The Untold Journey” tepat pada waktunya yang mana beliau berharap filem dapat memberi inspirasi kepada ramai.


Pada masa sama beliau berkata filem terbitan 4ward Entertainment Sdn Bhd dapat menceritakan apa yang dilalui oleh pasukan kebangsaan dalam mencipta kejayaan layak ke Piala Asia 2023.

“Ia adalah salah satu usaha yang baik untuk menarik lebih ramai penyokong untuk bersama faham perjalanan mereka (Harimau Malaya) seterusnya dapat beri sokongan tak berbelah bahagi.

Saya harap sangat penerbitan filem ini akan jadi salah satu pemangkin kepada pasukan bola sepak dan diharapkan dapat jadi inspirasi kepada orang ramai.”