Untuk aksi pertama menentang JDT, kita kena fokus pada bertahan – Azzmi Aziz

91

Ketua jurulatih baharu Negeri Sembilan FC (NSFC), Azzmi Aziz memberitahu persiapan pra musim pasukan berjalan dengan lancar dengan ia kini sudah berada di tahap 80 peratus.

Biarpun keputusan beberapa perlawanan persahabatan tidak menyebelahi mereka, tapi Azzmi berkata semuanya cukup positif namun untuk aksi pertama Liga Super beliau akan membuat percaturan berbeza apabila menentang juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).


“Kita punya masa lebih kurang dua minggu lagi sebelum pergi ke SSI untuk aksi pertama kita akan lebih baik dan bersedia.

Untuk perlawanan pertama boleh katakan kita ke JDT kita akan bermain bola sepak yang berbeza yang mana kita akan fokus lebih kepada bertahan dan akan cuba buat serangan balas.

Kita akan datang dengan formasi yang berbeza dengan apa yang kita ‘planning’ sekarang ini sememangnya berbeza. Kita cuba insyaAllah kerana kita tahu tak mudah ke sana tapi buat masa ini saya yakin pasukan boleh ‘deliver’,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, Azzmi berkata beliau tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak di Negeri Sembilan kerana beliau sendiri mempunyai pengalaman selama beberapa tahun ketika mengendalikan pasukan Piala Presiden dan juga pasukan SUKMA.

“Saya agak ‘familiar’ di sini dan kita tahu musim ini sebanyak 16 pemain musim lalu dikekalkan dan majoriti pemain-pemain ini pernah bekerja dengan saya sebelum ini, jadi insyaallah kombinasi dengan pemain import baru saya nampak mereka punya ‘bonding’ sangat bagus.”

Beliau juga berharap dengan keakraban pemain ini dapat terus membantu pasukan menjadi lebih baik.