Edgar Baldasso yakin Selangor FC mampu bangkit pada pusingan kedua MPFL Divisyen 1
Ketua jurulatih Selangor FC Futsal, Edgar Baldasso menyuarakan keyakinannya terhadap kemampuan pasukannya untuk bangkit dalam pusingan kedua Malaysia Premier Futsal League (MFPL) Divisyen 1.
Ia susulan pasukan Selangor menamatkan pusingan pertama di tangga keempat selepas lima perlawanan dengan enam mata sahaja selepas menang dua perlawanan dan tewas tiga perlawanan.
“Sudah pasti saya yakin kitab oleh kerana saya tiada rahsia sebaliknya apa yang saya kata apa yang saya percaya iaitu kami tidak mempunyai keajaiban atau apa-apa.
Bagi saya kita perlu bermain dengan permainan ‘sama’ untuk tempoh 40 minit. Saya yakin jika kita mampu konsisten kita akan dapat tingkatkan prestasi untuk pusingan kedua,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Baldasso berkata demikian selepas tamat perlawanan persahabatan antarabangsa menentang pasukan Black Steel FC dari Indonesia yang menyaksikan Selangor tewas 3-1.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas lanjut mengenai prestasi pasukannya dalam aksi menentang salah sebuah pasukan besar di negara jiran itu di mana beliau berkata kealpaan di minit-minit akhir menyebabkan mereka tewas.
“Malangnya di minit-minit akhir kami tidak dapat bermain dengan ‘level’ yang sama. Kami perlu segera kenal pasti kelemahan dan perbaiki secepat mungkin.
Ini kerana pada separuh masa pertama kami bermain dengan baik dengan mengawal perlawanan, mencipta banyak momen. Separuh masa kedua bermula dengan 50/50 tetapi lima minit terakhir kehilangan tenaga. Tapi ia adalah satu pengalaman yang cukup bagus.”