Antara kerjaya dan peribadi? Kisah Greenwood jadikan pengajaran

254

Atlet dan pemain bolasepak yang muda khususnya diharapkan dapat mengambil iktibar dari kisah Mason Greenwood. Pada usia seawal 20-an seharusnya seorang atlet menumpukan kepada membina karier dan nama baik mereka dalam industri sukan masing-masing.

Pemain muda Manchester United itu berdepan tuduhan dakwaan merogol dan menyerang seorang wanita yang dikatakan merupakan teman wanitanya. Greenwood dikhabarkan ditahan Polis Greater Manchester untuk siasatan mengenai kes tersebut, namun telah pun dilepaskan dengan ikat jamin.


Akibat dari berita yang tular di media sosial itu, pengurusan Manchester United telah menggantung pemain muda itu dari sebarang latihan dan perlawanan mereka sehingga kes tersebut selesai. Selain itu, salah satu penaja, Nike turut mengambil tindakan sama menggantung hubungan dengan beliau.

Bukan hanya berdepan risiko dalam kerjayanya, malah Greenwood juga berpotensi kehilangan penaja besar dalam kariernya. Ini dilihat sebagai sebuah perbuatan sia-sia dan terlalu mengikut emosi serta jiwa mudanya. Selain itu, beberapa pemain senior turut bertindak unfollow beliau di  media sosial sebagai tanda menolak keras perbuatan Greenwood.

Greenwood telah memulakan kerjaya di akademi bola sepak United dan turut beraksi untuk pasukan kebangsaan England. Beliau pertama kali beraksi bagi pasukan senior United pada 2019 sehingga kini.