Aiman Haq baru puas hati dengan prestasi pasukan selepas mereka berjaya ke ‘play off’ MPL

163

Selepas mengharungi musim yang mencabar, Team Haq akhirnya telah mempamerkan aksi yang cemerlang apabila berjaya menewaskan King Empire dengan keputusan 2-1 sekaligus berjaya ke ‘play off’ Mobile Legends: Bang Bang Profesional League Malaysia (MPL MY) musim 13.

Bagi pemilik Team Haq iaitu Aiman Haq, beliau akhirnya berpuas hati apabila pasukannya kembali dengan persembahan yang hebat.


“Saya baru betul-betul berpuas hati dengan ‘performance’ mereka. Bukan nak cakap sebelum ini tidak berpuas hati tapi cuma kami tidak tahu ‘top performance’ sebelum ini jadi saya rasa hari ini kami telah memperlihatkan bukan ‘performance’ maksimum tapi ‘top performance’.

Saya memang sudah jangka kitab oleh layak ke ‘play off’ biarpun sedar jalan yang sukar untuk layak,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, Aiman turut menjawab mengenai spekulasi sebelum ini yang mengatakan bahawa beliau akan menjual slot Team Haq kepada pasukan lain.

Menurut Aiman, beliau tidak berbuat demikian kerana mahu kesemua pemain-pemainnya kekal dalam pasukan.

“Sebab apa saya tak jual kerana pemain-pemain. Memang ada saja orang nak beli slot cuma dia tak nak ambil pemain Team Haq jadi kalau saya jual nanti mereka akan terkena tempias, oleh sebab itu saya kekal kerana mahu bersama mereka untuk berjuang dalam musim ini.”

Sementara itu, beliau turut menegaskan bahawa sekiranya Team Haq masih kekal dalam saingan MPL MY, beliau akan terus mengekalkan barisan pemain yang sama.

“Kalau musim depan kita ada, saya akan kekalkan barisan pemain yang sama kerana kalau boleh kita tak mahu ubah.

Jika kami masih ada musim depan, sasaran kami adalah untuk ke M6. Kita akan cuba perbaiki segala kelemahan dengan barisan pemain yang ada ketika ini.”