Sasaran Thailand sama seperti negara lain iaitu mahu layak ke Piala Dunia – Madame Pang
Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Nualphan Lamsam atau lebih dikenali dengan panggilan Madame Pang berkata sasaran Thailand sama seperti negara-negara di Asia lain iaitu mahu cuba melayakkan diri ke Piala Dunia satu hari nanti.
“Sudah tentu sasaran kita sama seperti sasaran negara-negara Asia lain iaitu untuk layak ke Piala Dunia.
Kita semua tahu kuota untuk Asia kini ditambah kepada 8.5 tapi setiap negara di Asia mempunyai sasaran yang sama jadi untuk Thailand kami akan buat yang terbaik,”
katanya.
Madame Pang merupakan figura yang cukup penting dalam bola sepak di negara Gajah Perang itu kerana beliau sebelum ini merupakan pengurus pasukan kebangsaan lelaki.
Tidak hanya itu, beliau juga merupakan pemilik kelab bola sepak Port FC yang beraksi di Thai League 1.
Dalam pada itu, Madame Pang mengakui negaranya mempunyai ramai pemain berdarah kacukan (warisan) yang bermain di luar negara ketika ini.
“Saya pernah menjadi pengurus pasukan kebangsaan lelaki jadi untuk ‘upgrade’ dan untuk naikkan tahap pemain Thailand sangat penting bagi saya.
Kedua-dua pemain yang berada di Thailand dan kami juga ada pemain berdarah kacukan yang bermain di Eropah.”