Takamori Watabe tak kesal habiskan simpanan untuk Piala Dunia

37

Bola sepak adalah sukan yang cukup terkenal dengan peminat fanatiknya yang mana mereka sanggup mengikut ke mana sahaja pasukan kesayangan turun beraksi tanpa mengira berapa jumlah wang ringgit yang perlu dikeluarkan.

Salah seorang peminat fanatik tersebut adalah Takamori Watabe yang merupakan peminat tegar pasukan kebangsaan Jepun yang sanggup berhabis wang ringgit demi menyaksikan pasukan kesayangan beraksi di kejohanan bola berprestij Piala Dunia.


Apa yang lebih ‘gila’ lagi adalah beliau sanggup menggunakan kesemua wang simpanan untuk menyaksikan enam edisi Piala Dunia.

“Setiap edisi Piala Dunia saya membelanjakan kira-kira lebih RM15,000 termasuk tiket penerbangan, tempat penginapan dan sebagainya.

Bagi saya ia sangat berbaloi kerana tanpa Piala Dunia, saya tidak akan dapat pergi ke tempat baru seperti Afrika Selatan, Brazil dan sebagainya. Ia merupakan satu pengalaman dan momen yang cukup berharga buat saya,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambahnya lagi, beliau menjadikan bola sepak sebahagian daripada kehidupannya sehingga beliau sehingga kini masih lagi berstatus bujang di usia 60.

“Saya masih bujang kerana saya membelanjakan wang untuk bola sepak dan tidak pernah menyesal dengan keputusan untuk menghabiskan wang untuk bola sepak, sebaliknya saya menikmati sahaja.”