Persebaya tuntut tunda perlawanan sebagai ‘ganti rugi’

184

Tindakan ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong yang menyenaraikan beberapa pemain Persebaya untuk FIFA Matchday dan persediaan Garuda Muda ke Piala AFF B-23 sekaligus penyumbang pemain terbanyak skuad kebangsaan, mengundang rasa kurang senang kelab tersebut kerana Liga-1 Indonesia masih berbaki beberapa perlawanan.

Namun, Persebaya dikatakan akan merujuk kepada PSSI dengan meminta badan induk bolasepak Indonesia itu menjadualkan semula perlawanan yang melibatkan Persebaya kerana mereka kekurangan pemain akibat dari beberapa pemain yang positif Covid-19. Jika tiga pemain lagi dipinjamkan ke skuad b-23, mereka hanya punya 13 orang pemain sahaja dan tidak wajar untuk mereka mengharungi perlawanan dengan bilangan pemain sebegitu.


Sebelumnya, Persebaya dikhabarkan memprotes tindakan Tae-yong yang memilih ramai pemain mereka, namun sebenarnya PSSI yang bertanggungjawab dalam menguruskan jadual liga yang sepatutnya dihentikan ketika berlangsungnya perlawanan antarabangsa dan bukannya menyalahkan ketua jurulatih tersebut. Tae-yong dikatakan sangat memahami apa yang dilalui kelab tersebut, namun beliau tiada pilihan selain menyerahkan perkara tersebut kepada PSSI. 

Respon Tae-yong berkenaan isu diprotes kelab Liga yang dilaporkan sebuah portal di Indonesia

Perkara itu tidak disenangi oleh kelab dari Jawa Timur itu kerana perlawanan Liga 1 masih berbaki dalam 10 perlawanan, mereka hanya menduduki tangga ke-3 liga ketika ini membuatkan mereka memerlukan pemain utama untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam Liga 1.

Akhir-akhir ini terlalu banyak kritikan yang diterima Tae-yong dari pemilik kelab liga tempatan dan juga Exco PSSI sendiri. Adakah pengendali dari Korea Selatan itu akan terus berdiam diri dan bertahan dengan situasi tersebut?