“Saya rasa berseorangan membawa Kedah! Harap ada penaja utama masuk untuk bantu Kedah musim ini!”
Temubual bersama pemilik Kedah Darul Aman FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar selepas tamat perlawanan antara Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC di Stadium MBPJ. Keputusan memihak kepada Selangor FC dengan jaringan 1-0.
Tan Sri juga menjelaskan bahawa pasukanya tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk bertahan dalam Liga Malaysia dan berharap mendapat sokongan dari ramai pihak termasuk kerajaan negeri untuk membantu pasukan Kedah musim ini.