Kemenangan ini adalah untuk Faisal Halim – Aliff Haiqal

98

Wira Selangor FC, Aliff Haiqal yang menjaringkan gol tunggal perlawanan menewaskan Kedah Darul Aman FC dalam aksi kedua Liga Super berkata kemenangan pasukan adalah hadiah buat rakan sepasukan Faisal Halim.

“Pasukan bekerja keras sejak dari minit pertama dan Alhamdulillah rezeki saya untuk jaringkan gol di saat-saat getir.

Untuk Faisal Halim kami sentiasa berada di belakang anda dan kami ucapkan supaya anda cepat sembuh. Ini kemenangan untuk beliau,”

katanya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kedua-dua pasukan buntuk mencari jaringan sehingga ke separuh masa kedua.


Namun kemasukan Aliff ternyata membuahkan hasil apabila beliau berjaya merembat bola ke dalam jaring selepas berlakunya pergelutan bola dalam kota penalti.

Beliau turut mengakui pasukan kini berada dalam keadaan terbaik dan segala perancangan yang diatur berjalan dengan lancar.

Dalam pada itu, Aliff berkata sasaran beliau pada musim ini adalah untuk bantu pasukannya mendapatkan keputusan positif dalam setiap perlawanan.

Malah beliau juga akan mempamerkan aksi terbaik sekiranya diturunkan oleh ketua jurulatih Nidzam Jamil.

“Setiap musim baru setiap pemain ada sasaran yang dimahukannya. Bagi saya, selagi saya dapat bantu pasukan dalam mendapatkan keputusan terbaik itu adalah sasaran saya.

Sekiranya coach beri kepercayaan kepada untuk turun dalam kesebelasan utama saya akan buat yang terbaik, kalau orang gelar saya ‘super sub’ pun saya terima.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen