SRG mahu buat kejutan di ‘play off’ untuk rebut tiket ke MSC

162

Saingan Mobile Legends: Bang Bang Profesional League Malaysia (MPL MY) musim ke-13 telah memperlihatkan kebangkitan luar biasa oleh pasukan Selangor Red Giants (SRG) apabila mereka berjaya mengekalkan rekod bersih untuk musim ini.

Menurut ketua e-sukan SRG iaitu Simon Lim, beliau sendiri tidak menjangka bahawa pasukannya mampu mencipta sejarah berikutan skuad pada musim ini adalah skuad baru.


“Terus terang saya cakap memang tak jangka kerana saya beritahu jurulatih untuk buat yang terbaik dan cuba dapatkan kemenangan sebanyak yang mungkin kerana untuk kali ini kami tampil dengan skuad baru iaitu empat pemain baru daripada lima pemain utama.

Oleh sebab itu kami tidak jangka tapi dengan keserasian kesemua pemain dan kerja keras kami berjaya dapat ‘clean sheet’ musim ini yang mana saya sangat bangga dan terkejut juga,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Kejayaan SRG telah menyaksikan mereka berjaya mara ke ‘play-off’ untuk merebut tiket ke MSC Riyadh 2024.

Dalam pada itu, Simon berkata cuti tiga minggu sebelum aksi ‘play-off’ digunakan oleh pasukannya untuk bercuti sekejap sebelum kembali berkumpul untuk meneruskan latihan.

“Mereka akan berkumpul balik pada Khamis ini dan akan ‘all out’. Untuk persedian latihan pula kita akan berlatih untuk ‘patch’ baru jadi nantikan kejutan daripada kami nanti.”

Sementara itu, Simon turut berasa bangga dengan komuniti e-sports di Malaysia yang mana walaupun mempunyai perbezaan tetapi beliau kagum apabila komuniti itu bersatu untuk memberikan sokongan kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim yang menjadi mangsa keganasan bola sepak baru-baru ini.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen