Tang Jie-Ee Wei tekad mahu perbaiki keputusan tahun lalu pada Malaysia Masters 2024

30

Pasangan beregu campuran negara, Toh Ee Wei dan pasangannya Chen Tang Jie teruja dengan sambutan luar biasa peminat yang hadir ke Axiata Arena bagi menyaksikan kejohanan Malaysia Masters 2024.

Kehadiran ribuan peminat secara tidak langsung telah membuatkan mereka lebih bersemangat untuk cuba memberikan persembahan terbaik sekaligus memperbaiki prestasi edisi lalu.


“Di luar hujan, ramai penyokong datang awal dan saya rasa amat seronok,”

ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas berjaya memenangi perlawanan ke atas lawan dari Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Phataimas Muenwong 21-12, 21-14.

Tambah Ee Wei lagi, mereka akan jadikan kejohanan ini sebagai persiapan mereka menjelang Sukan Olimpik 2024 di Paris nanti termasuk meletak sasaran untuk menang.

“Menjelang Sukan Olimpik, setiap kejohanan kami ambil serius dan mahu menang.”

Dalam pada itu, Tan Jie pula berkata beraksi di gelanggang sendiri memberi mereka peluang untuk tingkatkan permainan.

“Jurulatih ada beritahu kami bahawa di Malaysia Masters, beliau mahu lihat kami berubah dari segi mental dan konsisten dalam permainan.”

Terdahulu, pencapaian terbaik pasangan Tang Jie-Ee Wei pada tahun ini adalah berjaya menjadi naib juara Thailand Masters pada Februari lalu dan Terbuka Switzerland pada Mac.