Prestasi saya dalam keadaan terbaik, mana tahu saya mampu buat kejutan di Olimpik nanti – Khairulnizam Afendy

88

Atlet pelayaran Malaysia yang akan bersaing di temasya Sukan Olimpik 2024 Paris, Khairulnizam Mohd Afendy memberitahu beliau kini berada dalam prestasi terbaik dan berjanji akan memberikan aksi terbaik di temasya itu nanti.

Malah, Khairulnizam juga berkata sekiranya ada rezeki tidak mustahil beliau mampu buat kejutan di sana nanti.


“Saya sekarang ini berada pada tahap terbaik dengan kedudukan ranking saya juga kini berada di kedudukan ke-18 dunia di mana tiada lagi atlet pelayaran Malaysia yang masuk dalam Top 20 dunia.

InsyaAllah dekat Olimpik nanti saya akan cuba buat yang terbaik, mana tahu saya boleh buat kejutan,”

katanya.

Khairulnizam menyuarakan keyakinannya itu berdasarkan prestasi semasa beliau sepanjang beberapa kejohanan yang disertainya sebelum ini.

“Saya lihat pada beberapa siri kejohanan tahun ini pun saya boleh masuk nombor satu, nombor tiga dan nombor empat jadi tak mustahil di Olimpik boleh jadi benda yang sama.”

yang disertainya dan percaya kerja keras yang dilakukannya akan membuahkan hasil nanti.

Beliau berkata demikian selepas ditemui selepas sidang media bersama Chef de Mission kontinjen Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin mengenai persiapan atlet negara ke Olimpik yang berlangsung di Restoran Paya Serai, PJ Hilton, semalam.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai persiapannya menjelang Olimpik, Khairulnizam berkata beliau akan terbang ke Marseille selama dua minggu untuk berlatih sebelum terbang ke Jerman untuk kejohanan Piala Dunia.

“Pada 1 Jun saya akan terbang ke venue Olimpik iaitu di Marseille untuk menjalani latihan selama 15-16 hari sehingga 19 Jun.

Kemudian pada 20 Jun saya akan terbang ke Jerman untuk kejohanan Piala Dunia dari 22 hingga 26 Jun. Itu adalah kejohanan terakhir saya sebelum Olimpik.”