Republik Kyrgyz pasukan bagus tapi kita pernah menang dengan mereka – Declan Lambert
Pemain pertahanan kebangsaan, Declan Lambert mengakui cabaran besar menanti skuad Harimau Malaya apabila mereka bakal menentang Republik Kyrgyz tapi yakin dengan kemampuan pasukan kerana mereka pernah tewaskan pasukan itu sebelum ini.
“Ia akan menjadi perlawanan yang sukar apabila kita bermain di tempat lawan tambahan pula kita perlukan kemenangan jadi kami perlu fokus.
Mereka (Republik Kyrgyz) pasuukan yang bagus tapi kita pernah tewaskan mereka sebelum ini jadi saya jangka ia akan menjadi perlawanan yang cukup menarik nanti,”
katanya.
Skuad Harimau Malaya pada November lalu telah melakukan kebangkitan luar biasa apabila berjaya menewaskan Republik Kyrgyz 4-3 di saat-saat akhir pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Malaysia kini berdepan situasi sukar apabila perlu menang baki dua perlawanan sekiranya mahu layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak secara automatik ke Piala Asia 2027.
Skuad kendalian Kim Pan-gon yang memilih jalan berliku selepas mereka tewas dua kali berturut-turut kepada Oman sebelum ini.
Berdasarkan baki dua perlawanan, skuad negara dilihat tiada masalah untuk memperoleh kemenangan menentang Chiniese Taipei pada 11 Jun ini di SNBJ, namun aksi menentang Republik Kyrgyz pada 6 Jun ini sangat penting kerana ia adalah perlawanan yang akan menentukan samada skuad negara akan layak ke pusingan seterusnya atau tidak.
Dalam pada itu, Declan memberitahu beliau tiada masalah sekiranya jurulatih mahu meletakkan beliau bermain di posisi kanan atau kiri.
“Secara peribadi saya seorang pemain ‘versatile’ yang mana saya tiada masalah bermain di posisi kanan dan kiri, malah jika saya diletakkan di posisi pertahanan tengah juga saya boleh.”
Sementara itu, beliau turut berkata tekanan terhadap pasukan kebangsaan sentiasa mereka digelar sebagai pasukan ‘underdog’.