Kalau mental tak kuat jangan main sosial media, fokus untuk ke Olimpik saja – Hamidin

115

Chef de Mission kontinjen kebangsaan Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 Paris, Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu beliau menasihati atlet-atlet negara supaya elak dari bermain media sosial sekiranya tidak mahu fokus mereka terganggu.

“Saya sudah beritahu mereka secara peribadi ataupun saya berjumpa mereka, pertama saya katakan pada mereka kalau awak mental tak kuat jangan main sosial media, fokus sahaja untuk ke Olimpik.

Mereka faham, jadi mereka kena faham cara nak kendalikan jangkaan daripada orang ramai dan saya rasa kebanyakan atlet faham untuk mereka fokus ke Olimpik,”

katanya.

Hamidin berkata demikian pada sidang medianya bersama atlet Aniq Kasdan (angkat berat), Khairulnizam Mohd Afendy (pelayaran), Nur Aishah Mohamad Zubir (berbasikal lebuh raya) di Restoran Paya Serai, PJ Hilton baru-baru ini.


Dalam pada itu, beliau turut memberitahu kemungkinan akan ada penambahan jumlah atlet negara yang akan layak ke Olimpik tetapi perkara itu hanya akan diketahui pada awal Julai nanti.

Jelasnya lagi, sasaran awal mereka adalah sebanyak 29 atlet tetapi merasakan jumlah sebenar atlet yang akan ke Paris tidak akan sampai seperti yang disasarkan.

“Kalau kita tengok dari sukan golf masih belum dan berdasarkan mesyuarat tadi untuk golf kita akan tahu pada 2 Julai ini kita akan tahu. Kita sudah jangkakan dua atau tiga akan masuk tapi kita akan tahu pada Julai nanti.

Selain dari golf kita ada renang, terjun, athletic pula kita akan tahu pada hujung bulan Jun.”

Temaysa Olimpik akan berlangsung di Paris, Perancis bermula 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.