FAM tubuhkan jawatankuasa khas untuk pastikan dakwaan dalam surat layang betul atau tidak

75

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini menjadi perhatian ramai selepas tersebarnya satu surat layang yang mendakwa berlakunya banyak salah laku sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Berikutan itu, pihak FAM telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk melihat setiap dakwaan tersebut untuk dinilai samada ianya benar atau tidak.


“FAM atas kesedaran sendiri telah menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden, Datuk S. Sivasundaram dan dianggotai oleh Exco FAM seperti Timbalan Presiden, Datuk Yusoff Mahadi, Naib Presiden FAM, Datuk Seri Haji Rosmadi Ismail dan Datuk Suraya Yaacob.

Tujuan penubuhan jawatankuasa khas ini adalah untuk memastikan samada segala dakwaan dan masalah yang dinyatakan dalam surat layang tersebut wujud atau benar atau hanya dakwaan semata-mata.

Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi tadbir urus di FAM,”

ujar Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat.

Oleh itu, Dr. Aseh Che Mat berharap agar dakwaan surat layang ini dapat diselesaikan dengan segera supaya ia dapat memulihkan semula reputasi, kredibiliti dan imej FAM.

Dalam pada itu, Dr. Aseh Che Mat berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Seminar Integriti FAM bersama semua wakil persatuan bola sepak negeri untuk menekankan mengenai pentingnya integriti dalam sukan bola sepak.

“Seminar ini dihadiri oleh semua wakil persatuan bola sepak negeri yang terdiri daripada gabungan FAM, MFL dan AFL.”