Enervive Sports mahu taja pengadil negara berlatih ke luar negara
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Enervive Sports, Shahrizin Shaharudin memberitahu pihaknya merancang untuk menaja beberapa pengadil untuk menimba ilmu di luar negara.
Enervive Sports kini menjadi penaja utama untuk Ragbi Malaysia yang dianggarkan berjumlah RM50,000.
“Kita jangkakan nilai tajaan sekitar RM50,000 termasuk jersi di atas padang, baju polo ketika ‘travel’ dan baju ‘warm up’ untuk pengadil.
Ini tidak termasuk dengan program pembangunan yang kita akan jalinkan pihak pengadil dan kita akan juga menaja beberapa pengadil untuk menimba ilmu di luar negara,”
katanya.
Tambahnya, pihaknya mempunyai kerjasama yang lama Ragbi Malaysia yang mana mereka juga pernah menganjurkan dua kejohanan ragbi.
“Untuk pengetahuan kita menganjurkan dua kejohanan yang besar juga buat kami antaranya Super School Rugby dan Corporate Super Rugby.”
Dalam pada itu, skuad ragbi negara Bunga Raya akan menyertai kejohanan Asia Rugby Championship (ARC) 2024 yang akan disertai oleh empat negara termasuk Hong Kong, Korea Selatan dan United Arab Emirates.