CikuGais mahu berhijrah ke pasukan baru jika tiada tempat dalam pasukan Todak

68

Pemain e-sukan pasukan Todak, CikuGais memberitahu sekiranya beliau tidak mendapat tempat dalam pasukan untuk Mobile Legends: Bang Bang Profesional League Malaysia (MPL MY) musim depan beliau mahu minta dipinjamkan ke pasukan lain.

CikuGais berkata demikian selepas perlawanan pusingan ‘play-off’ di antara Todak dan King Empire yang menyaksikan pasukannya terpaksa akur tewas 3-2.


“Untuk saya secara peribadi saya mahu terus bermain musim depan, musim ini saya kurang bermain kerana isteri saya nak bersalin jadi untuk musim depan insyaAllah saya akan kembali bermain.

Tapi andai kata musim depan sudah tiada tempat dalam Todak, saya mahu minta ‘loan’ ke pasukan lain,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Menurutnya, sekira permintannya untuk dipinjamkan ke pasukan lain beliau hanya mahu bermain di salah satu daripada tiga pasukan pilihannya iaitu Monster Vicious, Selangor Red Giants dan Homebois.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan mengapa beliau tidak bermain biarpun hadir dalam perlawanan ‘play-off’.

“Persiapan untuk saya bermain ‘roam’ agak singkat dan lagi satu itu bukan ‘role’ saya jadi agak susah untuk saya nak bawa sebenarnya.

Walaupun pada perlawanan menentang MV nampak macam saya selesa bermain tapi minggu itu saya memang berlatih main ‘role’ itu sahaja, kalau mereka ‘ban’ ‘role’ itu saya tak tau nak main macam mana.”