Jika kami boleh ‘adapt early rotation’ Homebois, RSG ada peluang nak menang – Sora Payung
Jurulatih pasukan e-sukan RSG Malaysia, Sora Payung berkata pasukannya mempunyai percaturan untuk menghadapi perlawanan Upper Bracket Semi Final Mobile Legends: Bang Bang Profesional League Malaysia (MPL MY) musim ke-13 menentang juara bertahan Homebois.
“Untuk perlawanan menentang Homebois kita tahu mereka ‘specialised’ pada awal perlawanan sebab kita tahu kemampuan Xorn macam mana dan ‘rotation’ Chibi pun laju, cara dia ‘farming’.
Jadi kita perlu ‘adapt early rotation’ tapi untuk kami pula fasa ‘mid game’ dan ‘late game’ saya rasa RSG lagi bagus.
Cuma kami kena hadap dulu mereka punya ‘early rotation’, kalau berjaya kita boleh menang,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Menurut Sora Payung, percaturan itu pernah membuahkan hasil ketika ‘regular season’ yang mana mereka berjaya buat kebangkitan selepas ketinggalan di awal perlawanan.
Dalam pada itu, beliau turut menyangkal spekulasi mengenai konflik yang berlaku terutamanya membabitkan Coach Rin sehingga menyebabkan pasukan tidak harmoni.
“Bagi saya tiada konflik sebenarnya mungkin coach ada cara tersendiri. Saya pula lebih suka guna Repo kerana beliau seorang pemain ‘teamwork’ jadi sesuai dan selari dengan apa yang dikehendaki oleh percaturan.”
Terdahulu RSG berjaya mara ke Upper Bracket Semi Final selepas menewaskan Team HAQ dengan keputusan 3-1.