Terima kasih Homebois kerana bagi saingan sengit dan menarik – Sekys

302

Pemain pasukan e-sukan MLBB Selangor Red Giants (SRG), Sekys berterima kasih kepada pasukan lawan Homebois kerana memberikan aksi yang cukup sengit dan menarik dalam perlawanan Grand Final Mobile Legends: Bang Bang Profesional League Malaysia (MPL MY) untuk musim ke-13.

Pada perlawanan Grand Final itu menyaksikan SRG berjaya menewaskan juara bertahan dengan keputusan 4-2 untuk merangkul kejuaraan pertama mereka.


“Alhamdulillah kami berjaya menang dan saya juga ingin berterima kasih kepada Homebois kerana memberikan ‘game’ yang sangat sengit dan menarik kerana sekurang-kurangnya tak bosan seperti semalam punya ‘game’.

Berjaya menang di final ini sangat bermakna buat saya,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Menurut Sekys, biarpun mereka tewas pada perlawanan pertama namun mereka tidak panik sebaliknya terus fokus untuk bangkit.

Dalam pada itu, menjadi pemain e-sukan termuda yang berjaya menjulang kejuaraan Sekys memberi nasihat kepada adik-adik yang ingin mengikut jejak langkahnya.

“Kepada adik-adik yang nak jadi pemain profesional MLBB, anda boleh main tapi apa yang penting jangan tinggalkan Pelajaran.”

Sementara itu, kejayaan SRG menjulang kejuaraan MPL MY musim ke-13 menyaksikan mereka berjaya ke kejohanan MSC 2024 yang akan berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada bulan ini.