Kita akan kekalkan Kim Pan-gon sampai kontraknya tamat dahulu – Yusoff Mahadi

42

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan bahawa pihak mereka akan terus mengekalkan Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan sehingga kontraknya tamat.

“Setakat ini kita tiada perbincangan lain bersama jawatankuasa pengurusan kebangsaan atau dengan ketua jurulatih sendiri.

Kita akan ikut kontrak yang sedia ada, maknanya sampai tahun depan kontraknya. Jadi kita akan kekalkan beliau sehingga kontraknya tamat dahulu,”

katanya.

Tambahnya lagi, Pan-gon akan terus mengemudi skuad Harimau Malaya sepanjang tempoh kontraknya.


Beliau berkata demikian selepas skuad negara tidak berjaya mara ke pusingan ketika Kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak secara automatik ke Piala Asia 2027 baru-baru ini.

Dalam pada itu, Yusoff Mahadi mengakui berasa sedikit kecewa apabila skuad negara gagal di pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tetapi tetap berpuas hati dengan prestasi pasukan yang mampu beri saingan di peringkat Asia.

“Ya memang kita agak kecewa juga sebab kita tidak melepasi tapi saya fikir pasukan kita berada di peringkat Asia sekarang kerana kalau sebelum ini kita berada di peringkat Asia Tenggara sahaja.

Apa pun keputusan kita tetap berjaya dapat 10 mata yang mana ia merupakan satu keputusan yang agak baik, cuma kurang bernasib baik untuk ke peringkat seterusnya.”

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kali ke 11 bagi Penggal 2021-2025.

Sementara itu, biarpun gagal layak secara automatik ke Piala Asia 2027, namun skuad negara masih berpeluang untuk cipta sejarah layak ke kejohanan paling berprestij di Asia itu buat kali kedua berturut-turut kerana mereka selepas ini akan bermain dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia yang akan berlangsung pada Mac 2025.