Terima kasih TMJ dan JDT kerana benarkan saya sertai FAM – Jorda Ribera

131

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia B-16, Jorda Ribera berterima kasih kepada pemilik kelab gergasi Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris yang membenarkan beliau untuk mengendalikan skuad remaja kebangsaan.

“Terima kasih TMJ dan JDT kerana benarkan saya saya berada di sini kerana saya salah seorang staf kejurulatihan di JDT dan saya berpeluang untuk menyertai FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia), jadi saya ‘looking forward’ mengenai perkara ini,”

katanya.

Menurut Ribera, mereka mula membuat perancangan mengenai pemilihan pemain sejak tiga bulan lalu di mana pihaknya menjelajah ke banyak tempat sebelum membuat keputusan mengenai pemain-pemain yang dipilih.


“Cadangan kami untuk ‘call up’ bermula sejak tiga bulan lalu yang mana ia mempunyai beberapa fasa iaitu fasa pertama di AMD (Akademi Mokhtar Dahari) bagi pemain-pemain B-16 mereka.

Kami juga dapat jemputan daripada beberapa kelab seperti JDT, Terengganu, Selangor dan Kelantan.

Selepas fasa itu selesai kita perlu buat perancangan untuk sertai kejohanan pertama yang kami akan harungi di Indonesia iaitu AFF.”

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai pemilihan pemain untuk skuad B-16 beliau berkata pihaknya berpeluang untuk melihat dan menilai lebih 160 pemain di seluruh negara.

Ribera juga berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang tempoh pemilihan pemain.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas bersama Pengurus Pasukan, Christopher dan Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell untuk memperkenalkan pemain skuad B-16 untuk Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 di Surakarta, Indonesia.

Skuad negara telah diundi dalam Kumpulan C bersama Timor-Leste, Australia dan Thailand.