Malaysia berjaya lonjak ke tangga 135 dunia! Perlu fokus mantapkan skuad untuk kelayakan Piala Asia 2027
Biarpun seluruh peminat bola sepak tanah air masih kecewa dengan kegagalan pasukan kebangsaan Malaysia gagal mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2027 dan layak secara automatik ke Piala Asia 2027, namun mereka berjaya memperbaiki kedudukan ranking dunia.
Kemas kini terbaharu ranking FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) telah menyaksikan pasukan Harimau Malaya berjaya melonjak naik tiga anak tangga untuk berada di tangga ke-135 dunia berbanding 138 pada bulan April lalu.
Dengan kemas kini kedudukan ranking terbaru ini pastinya akan memberi motivasi tambahan buat pasukan kebangsaan kerana fokus mereka kini adalah untuk cuba mengutip sebanyak mata yang mungkin bagi memperbaiki kedudukan ranking sebelum undian pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan berlangsung pada hujung tahun ini.
Ini kerana sudah pastinya ketua jurulatih negara iaitu Kim Pan-gon memastikan skuad Harimau Malaya berada di dalam Pot 1 sebelum undian berlangsung bagi memastikan peluang untuk layak ke kejohanan berprestij di Asia itu dapat dicapai.
Jika sebelum ini skuad negara perlu ‘panjat’ 17 anak tangga untuk cuba memintas pasukan India yang berada di kedudukan ke-121, namun dengan kemas kini FIFA yang baharu ini memberi petanda positif bahawa skuad negara.
Tambahan pula, pasukan India kini sudah jatuh ke kedudukan 124 dunia sekaligus memberi petanda yang cukup positif yang mana skuad negara mempunyai peluang untuk mencapai sasaran itu sekiranya mereka berjaya kutip mata maksimum sepanjang perlawanan pada kalendar FIFA kelak.
Oleh itu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Pan-gon perlu membuat percaturan rapi dengan mengatur perlawanan antarabangsa Tier 1 dengan pasukan yang berkualiti.
Apa-apa pun ayuh rakyat Malaysia kita terus berikan sokongan padu buat skuad negara kerana dalam bola sepak tiada yang mustahil.
Sekiranya kita terus konsisten dan tingkatkan kualiti permainan pastinya Harimau Malaya dapat mencipta sejarah baru layak ke Piala Asia secara merit dua edisi berturut-turut.