HM mai Penang lagi untuk MBPP Mayor’s Cup 2024!
Mini Vlog HM | MBPP Mayor’s Cup merupakan acara tahunan untuk sukan paintball yang akan berlangsung pada 22 & 23 Jun di Padang Polo, Pulau Pinang. Acara ini merupakan acara antarabangsa di mana pasukan dari negara Thailand dan Myanmar juga akan turut serta. Sebanyak empat kategori akan dipertandingkan iaitu E-Open (divisyen 1), E-premier (divisyen 2), M-Open (divisyen 3) dan Rookie (divisyen 4). Jom sama-sama kita memeriahkan acara tahunan ini dan menyaksikan paintball ‘level’ antarabangsa!