Padang ini adalah aspirasi saya dan Exco untuk ada padang latihan lengkap untuk pasukan kebangsaan – Hamidin

97

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) adalah aspirasi beliau dan barisan Exco yang mahu skuad negara mempunyai padang latihan lengkap.

“Saya mahu ‘highlight’-kan padang ini memang aspirasi saya dan Exco saya yang mahu kita mempunyai padang latihan yang mempunyai standard tinggi dan dilengkapi dengan semua kemudahan seperti gimnasium dan semua seperti yang kita maklumkan.

Ini bukan padang biasa kerana saya mahu padang ini ikut taraf tertinggi iaitu ‘level’ pasukan kebangsaan,”

katanya.

Hamidin berkata demikian selepas tamat majlis pecah tanah bagi pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) di Presint 5, Putrajaya, pagi tadi.


Pusat latihan tersebut dijangka akan siap sepenuhnya pada Disember 2026.

Dalam pada itu, Hamidin cukup gembira dengan pembinaan NTC ini kerana sudah lama menunggu pasukan kebangsaan mempunyai pusat latihan seperti ini.

Tambahnya lagi, dengan adanya NTC ini mungkin perancangan mereka selepas ini adalah untuk mewujudkan lagi NTC di negeri-negeri lain.

“Seperti YB Hannah Yeoh (Menteri KBS) berkata kalau kita sudah dapat ini kita boleh ‘move forward’ ke tempat lain iaitu ke negeri lain yang mana kita boleh buat NTC di Utara atau Pantai Timur selepas ini. Apa-apa pun biar kita siapkan NTC di Putrajaya terlebih dahulu.”