Tekanan bermain di peringkat antarabangsa jadi punca pasukan Malaysia gagal bermain dengan baik – Sunfrost

58

Pengulas e-sukan Mobile Legend Bang Bang (MLBB), Sunfrost memberitahu antara punca pasukan daripada Malaysia gagal cemerlang di peringkat antarabangsa adalah tekanan menyebabkan segala percaturan tidak menjadi.

“Bagi saya kesilapan utama pasukan adalah menghadapi tekanan. Apabila saya sudah jadi jurulatih baru saya faham kenapa pasukan Malaysia jadi badut di kejohanan antarabangsa.

Sebab tekanan di peringkat antarabangsa itu membuatkan pemikiran jadi kurang rasional lagi-lagi dari sudut jurulatih pasukan.

Tapi bagi saya mereka tidak dapat buat percaturan yang betul dan perkara itu kerap terjadi. Mungkin sesetengah pasukan perlukan pengalaman,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Sunfrost berkata demikian bagi mengulas mengenai prestasi pasukan daripada Malaysia yang acap kali kecundang apabila bermain di pentas antarabangsa.


Untuk MSC Esports World Cup 2024 yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi, Selangor Red Giants (SRG) dan Homebois akan membawa cabaran negara untuk cuba mencipta sejarah.

Kedua-dua pasukan itu akan turun beraksi pada lewat petang dan malam ini bagi perlawanan pertama peringkat kumpulan.

Dalam pada itu, Sunfrost turut memberi contoh pasukan Todak yang sering beraksi di pentas antarabangsa tetapi tidak menggunakan pengalaman lalu sebagai pengajaran.

“Pasukan Todak mempunyai pengalaman kerana mereka kerap bermain di peringkat antarabangsa tapi pengalaman itu tidak dijadikan pengajaran langsung.”

Jelasnya lagi, tiada mengambil pengajaran daripada kegagalan menyebabkan pasukan itu terus layu apabila beraksi di peringkat antarabangsa.